HARI YANG ISNIN MALAMNYA SELASA.

    Assalammualaikum, haaa hari yang indah tenang menghirup udara yang sepoi2 heheh. cadang2 harini nak relaxkan badan kat tepi pantai tapi tak jadi takpelah lain hari insyaallah ada kan.duduk minum kat tepi cafe jela ea.
 
  Semalam dah satu hari keluar harini relaxlah.Hari2 duk pikir masa depan apa akan jadi kan.Tapi yang penting pertama kita kena rancangkan jadi tak jadi tuhan yang tentukan.Kadang bila duk termenung kejap kecil nya lah kita ni tapi macam2 nak betulkan? apa pun tak bole lah heheh.
    
Memang betullah kata orang2 tua "kau relax je dulu" heheh tapi orang yang cakap ni nampak macam tak relax ikutkan jela hehehe semua kita nakkan rumah nak kereta nak senang nak "haiya tak reti sabor ke satu2 la" hehehe

    Tapi jangan risau insyaallah boleh tawakal,usaha dan berdoa tuhan dah sediakan jalan untuk kita. kan dia maha adil.peaceeeeeee. Yang penting kena balas jasa ibu bapa ok . assalammualaikum:)

.

KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM


Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

"Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya."

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.

Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifah Allah dimuka bumi dengan sebaik mungkin. Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita. Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.

Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam al-Quran, salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

Sahabat yang dimuliakan,
Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak.

Kebaikan-kebaikan terebut adalah seperti berikut :

1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di hari akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.

3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama.

4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.

5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Peniaga Muslim akan utamakan kehalalan sesuatu barang makanan dan tidak bercampur barang haram di dalamnya. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.

6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.

7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.

8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.

10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.

11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’ ayat 9)

Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.

Sahabat yang dikasihi,
Jadikanlah perniagaan ini satu wasilah untuk kita membina kembali ekonomi umat Islam supaya dengan ini kita dapat membina semula kekuatan negara Islam yang akan mampu menandingi kekuatan orang-orang kafir untuk melaksanakan syariat Islam. Umat Islam tidak akan mudah dihina dan ditindas apabila kekuatan kebendaan dan ekonomi telah di miliki.

Kejatuhan Khalifah Islamiyah Turki adalah kerana umat Islam lemah daripada ekonomi dan tidak mampu untuk mempersiapkan diri dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan akhirnya orang-orang kafir dapat mengalahkan umat Islam dalam peperangan mengakibatkan kejatuhan Khalifah Islamiyah dan negara Palestin diserahkan kepada bangsa Yahudi laknatullah.

Umat Islam dimana sahaja berada perlulah menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana 90% rezeki yang Allah s.w.t kurniakan adalah dalam bidang perniagaan. Bekerja makan gaji dan berpuas hati dengan gaji bulanan sebenarnya mematikan daya kreatif dan kurang bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Sahabat-sahabat Rasulullah ramai terdiri daripada ahli perniagaan yang berjaya dalam masa beberapa tahun saja dapat mengatasi kekuatan ekonomi kaum Yahudi di Madinah dan mampu memberi sumbangan yang besar kepada Daulah Islamiyah Madinah yang di bina oleh Rasulullah s.w.t. Dengan dana yang besar hasil sumbangan usahawan para sahabat yang di infakkan kepada Baitulmal mereka mampu membayai pentadbiran negara Islam Madinah dan mampu membiayai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan Islam keseluruh dunia.

Salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat nanti adalah seorang dermawan (hasil daripada perniagaan) yang memberi sedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Dalam hadis yang lain juga mengatakan bahawa para dermawan yang ikhlas akan memasuki Syurga lebih awal daripada para syuhada dan ulama'.

MENGADUKU PADA TUHAN

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

JOURNEY TO ISLAM

" Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam... Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.


Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan... Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."


Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.... Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula...

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku... Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.


Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah...aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar.......

Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.."

NOT IN MOOD

BILA AKU TIADA MOOD AKU AKAN HIRAUKAN YANG

ADA DI SEKELILING.AKU AKAN BUAT SESUATU

UNTUK KEMBALI KEPADA MOOD YANG ASAL.

MUNKIN AKAN MAKAN MASA UNTUK MENCARINYA.

KADANG SAMPAI BUNTU.TAPI AKU TAKKAN PUTUS

ASA SEBAB JALAN KELUAR SENTIASA ADA CUMA NAK KENA

SABAR.MACAM2 LAH YANG ADA KAT DUNIA NI.

ADEHHHH TUNJUKKAN AKU JALANNYA YA RABBI.

EMOSI


Harini
Terapkan Fikiran Positif
tentang Law OF Attraction dan cara
menerapkan fikiran positif.Lebih detail lagi, cara bagaimana mahu
menerapkan pemikiran positif dan bagaimana untuk menerapkan perasaan
bersangka baik pada semua orang dalam diri Anda.Untuk mula menerapkan fikiran positif,
Anda perlu memfokus pada nilai-nilai baik yang ada pada diri seseorang.
Misalnya, Anda ada seorang kawan.Kawan Anda ni pula selalu menyindir-nyindir
Anda dan selalu memandang rendah pada lalu membuat Anda sakit hati,
geram dan maha "menyampah" pada diri kawan Anda tu.
Bukan sekali tapi berkali-kali.Semakin hari semakin Anda geram pada dirinya.
Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran Anda tanpa Anda sedari.
Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita.
Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.
Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul.
Cemana nak buang rasa geram tu? Tentu Anda tidak mahu situasi-situasi buruk
yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup Anda hanya kerana
Anda layan rasa geram tu berhari-hari.
Tentu juga Anda tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.
Cemana nak buang? Saya akan terangkan step by step.
Pertama sekali, maafkan kawan Anda tadi tu.
Maafkan apa yang dia dah buat pada Anda, terima diri dia dah camtu.
Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun
rasa tak puas hati yang tinggal.
Lafazkan dengan nada berbisik. Kemudian,
lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan
Anda dulu dan sekarang hingga yang akan datang.
Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit.
Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.Selepas itu, lihat pada dirinya.
Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya. Mungkin dia seorang yang kelakar,
sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja,
pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.
Tumpukan fikiran Anda pada ciri-ciri ini.Secara perlahan-lahan, puji dia
kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri Anda.
Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri Anda?Selepas itu,
terapkan niat Anda mahu bersaing dengannya.
Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh
biar Anda kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.
Kalau dia sakitkan hati Anda lagi, ulang semula teknik yang dah saya sebutkan di atas tadi.
Lama-kelamaan Anda akan jadi "immune" sebab apa yang dia buat tak berkesan
pada Anda bahkan Anda merupakan pesaing utamanya dalam diam!
Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar Anda. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.
Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi
yang anda sakit hati sebelum ini, step by step.
Kesan daripada ini, Anda akan menjadi orang yang sentiasa
berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.
Dengan ini,mudah untuk Anda menerapkan Law Of Attraction dalam hidup Anda.
Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada Anda.
Semua yang Anda mahukan dan semua yang Anda inginkan,
mudah untuk minda merealisasikannya.
Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.
Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata Anda.
Lihat diri Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.
Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri Anda seorang yang positif hari ini juga.
IMPIAN MENJADI KENYATAAN BERMULA DARI FIKIRAN POSITIF.
SELAMAT MENCUBA. :)

SPEK MATA

MINGGU LEPAS SAYA AMBIL CUTI DAN KELUAR BERJALAN
FUHHH BEST JUGAKLAH DAH LAMA TAK KELUAR JAUH2 HEHEH
TENGOK TARIAN ZAPIN KAT MUAR "NOT BAD" HAHAHA
JALAN2 CARI KETENANGAN YANG SEMENTARA LEPAS TU
PUSING SEKITAR BANDAR YANG KECIL KAT MUAR.
TEMPAT CANTIK TAPI KEDAI MAKANNYA PELIK PENUH DENGAN
SAMPAH2 ADEHHH ORANG2 KAT SITU SELERA JE .
MUNKIN DIORANG DAH BIASA AGAKNYA. PELIK2.
SEBELUM BALIK SANA SINGGAH MANDI KAT GUNUNG LEDANG.
MANDI PUNYA MANDI TAK SEDAR HANDPHONE KAT POKET
MEMANG BEST ADOII SUDAH SATU HAL. MANDI PUNYA
MANDI LAGI SPEK MATA SANGKUT KAT BELAKANG BAJU
SAYA PAKAI SPEK GOOGLE HUHH POYO JE .
TIBA2 NAK AHUT SPEK MATA KAT BELAKANG DAH HILANG
HADUIIIII HILANG MOOD HILANG SEMUANYA.
SPEK MATA DAH MACAM NYAWA SENDIRI.
APA NAK JADI LABU HMMMMMMM.